Rasanya tahun ni sebab banyak yang mendorong untuk dapat info pasal bola kot. Kat Facebook, rata-rata kat status masing-masing pasal Kelantan dapat masuk final. Siap ada group Kelab Penyokong Siber Pasukan Kelantan (betul ke macam tu nama group tu? Entahla...).
Malam final tu, tertarik jugak nak tengok perlawanan tu. Macam mana ntah Red Warrior main. Best sangat ke sampai boleh masuk final? Malam tu tercongok la depan tv.
Mulanya meriah sakan penyokong Kelantan. Lebih kurang 70% daripada stadium tu dipenuhi penyokong Kelantan. Sebahagian kecil je penyokong N9. Tapi yang tak tahan, lepas masuk je satu gol pada N9, semua dah moyok dah. Dah masuk separuh masa kedua, gol lagi 2 dari N9. Ada la penyokong-penyokong Kelantan yang bakar kain rentang, kena sembur dengan gas pemedih mata kot. Padan muka. Emo tak bertempat. Yang saya terkilan lagi, ada pulak yang bakar kerusi stadium. Huhu. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tak patut betul. Sepatutnya terima la hakikat. Kalah menang adat bertanding. Dah dapat masuk final pun dah kira ok.
Tapi dari mata saya yang tak reti nak tengok bola ni. Cara permainan pasukan Kelantan memang hambar. Permainan pasukan N9 memang kemas. Boleh nampak sangat. Nape ek? Ntah la. Hanya mereka yang tahu. Hopefully, tahun depan Red Warrior jadi juara pulak. Tiada yang mustahil. Apa-apa pun tahniah buat Red Warrior.
Jom ushar gambar sekitar Final Piala Malaysia yang saya cilop dari FB sape ntah (saya tak kenal)...
P/s : Sempena Red Warrior dapat masuk final Piala Malaysia, kerajaan Kelantan hadiahkan pakej umrah untuk pasukan Red Warrior dan kepada semua penduduk Kelantan, cuti sehari pada hari ahad. Terima kasih kerajaan Kelantan.


















